Aaida_delicious
Dah Rasa Pasti Nak Lagi..

Terima kasih kerana mengunjungi laman sesawang Aaida_delicious. Kami menjual aneka kerepek yang berasaskan ubi dan pisang. Selain itu, Aaida_delicious sedia membantu anda sekiranya berminat dengan Kerepek rangup yang kami pasarkan. Selain itu, Aaida_delicious juga menerima tempahan kerepek mengikut kehendak pelanggan.
KHASIAT DAN KEBAIKAN BUAH PISANG UNTUK KITA😃😄
​
Buah Pisang adalah buah yang mudah didapati di Malaysia.
Salah satu makanan harian yang popular adalah kerepek pisang
yang dimakan pada waktu petang. Pisang mempunyai banyak
kebaikan dan khasiat yang bagus untuk badan kita.
1. Meningkatkan energy harian.
Kandungan karbohidratdalam BUAH PISANG bagus untuk
sumber tenaga untuk tubuh. Pengambilan 2 biji pisang dapat
meningkat sistem imunisasibadan dan menambah energi
untuk keperluan seharian.
2. Membantu melancarkan peredaran darah.
Pisang memiliki kandungan potasium yang baik untuk melancarkan peredaran darah. Kandungan kalium pula membantu mengawal tekanan darah. Hal ini mengurangkan risiko stroke yang disebabkan dari gejala penyakit jantung.
​
3. Dapat membantu proses pencernaan pada usus.
Pisang mengandungi serat yang sangat baik untuk menurangkan risiko sembelit. Dengan mengambil ‘Buah Pisang’ sahaja ia sudah mencukupi mengurangkan sembelih tanpa perlu mengambil ubat. Jika pisang dicampurkan dengan segelas susu, ia membantu mengurangkan risiko penyakit pada usus yang berbahaya seperti kanser usus besar.
​
4. Menjaga kesihatan mata.
Buah Pisang membantu menjaga kesihatan mata. Pisang mengandungi vitamin A yang mudah larut dalam lemak dan sangat penting untuk melindungi mata. Vitamin A mengurangkan risiko buta dan menjaga penglihatan setiap hari.
​
5. Menyihatkan tulang.
Kandungan mangan yang tinggi dalam buah pisang membantu menyihatkan tulang.
​
MANFAAT UBI KAYU UNTUK TUBUH BADAN😃😄
Ubi kayu sangat baik untuk kesihatan kerana mempunyai kandungan vitamin, mineral dan serat yang baik untuk tubuh badan manusia.Antara kebaikan Ubi kayu ialah:
1. Membantu Mengurangi tekanan
Vitamin dan mineral di dalam Ubi kayu juga dapat membantu tubuh mengurangkan tekanan. Magnesium yang terkandung di dalamnya juga dapat membantu dalam menenangkan sistem saraf.
2. Mencegah Anemia (Kekurangan Darah)
Kandungan mineral dan zat besi yang ada di dalam ubi kayu berguna untuk membantu proses pembentukan sel-sel darah merah.
3. Membantu Pesakit Kencing Manis
Pesakit Kencing Manis lebih dianjurkan mengambil ubi kayu menganti nasi. kerana ubi kayu tidak memiliki kandungan kadar gula yang tinggi, yang menjadikan baik untuk diambil bagi pesakit kencing manis.
​
4. Melancarkan Pencernaan
Ubi kayu mempunyai banyak kandungan Insoluble Fiber atau serat yang tidak larut dalam air. Serat jenis ini baik untuk proses pelancaran membuang air besar, serta membuang toksin di dalam usus, membolehkan peroses pencernaan berjalan dengan baik.Sekiranya anda sering mengambil ubi kayu,tubuh akan dilindungi dari masalah gangguan pencernaan seperti sembelit,buasir, perut kembung dan sembelit.